Sekolah Rendah Kerajaan Entubuh ditubuhkan pada 13.01.1969 di bawah penyeliaan Upper Sadong District (sekarang diberi nama Majlis Daerah Ulu Sadong,Serian). Oleh kerana demikian maka sekolah ini diberi nama SK Entubuh Council School, Serian dan kemudian ditukarkan nama kepada SRK. Entubuh apabila Majlis Daerah Ulu Sadong Serian menyerah penyeliaan dan pentadbirannya kepada Ibu Pejabat Pelajaran Negeri Sarawak yang berpusat di Kuching.
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, budak-budak Kampung Entubuh yang sudah matang usianya untuk bersekolah terpaksa berjalan kaki ke SRK. Tebedu menerusi hutan,kebun getah dan paya, berjalan sejauh 2 kilometer. Oleh kerana sukar untuk budak-budak berjalan kaki ke SRK. Tebedu , maka lahirlah pemikiran orang-orang kampung supaya sekolah sendiri patut di bina.
Pada mulanya sekolah ini di diri dibawah bangunan yang ada sekarang, beratap daun sagu dan berdinding bambu, kira-kira pada hujung tahun 1971 Kerajaan membekalkan peruntukan untuk mendirikan bangunan yang berupa moden. Tapak tanah yang begitu tinggi terpaksa di cangkul supaya rata dengan tenaga manusia secara gotong-royong. Selesai itu pekerjaan mendirikan bangunan di ambilalih oleh kontraktor – Chai Ko Ku Construction. Menjelang akhir tahun 1971 baharu siaplah bangunan yang dikira separuh kekal dibina yang mengandungi 3 buah bilik darjah. Sekarang ini bangunan sekolah berdiri megah di atas bukit kecil meninjau desa dan juga gunung-ganang yang sentiasa menghijau.
Bersama dengan bangunan sekolah, didirikan juga 1 unit berek guru memberi kemudahan kepada sesiapa guru yang perlu menginap.
Di dalam upacara doa selamat, kontraktor Chai Ko Ku ada menderma seekor babi yang cukup besar untuk memeriahkan makan malam.
Pada awal tahun 1972, bangunan yang baru mulai beroperasi hingga sekarang. Dan pada penghujung tahun 1999, bangunan lama sudah diganti dan diubah suai kepada bangunan yang menggunakan separuh daripada konkrit dan separuh papan untuk menggantikan bangunan sekolah yang lama itu.
Sekarang ini, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan, iaitu Blok A terdiri daripada Bilik Guru, Bilik Kelas Tahun 3,4,5 dan 6. Blok B terdiri daripada Bilik Pemulihan Khas, Pusat Sumber dan Stor/Boss dan Blok C terdiri daripada Bilik Tahun 2 dan 1. Kelas Pra Sekolah juga telah diperluaskan ke sekolah ini pada tahun 2007 dan mula beroperasi pada tahun 2008 serta mempunyai bangunan sendiri.